Hightlight
-
HIV TEST
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (Sentul Maternal and Child Health Clinic) (KKIA) was originally the Jalan Tun Ismail Maternal and Child Health Clinic (KKIA JTI) located at Jalan Tun Ismail next to Maxwell Fire Station. The clinic started operating from 1963 under the administration of Kuala Lumpur City Hall (DBKL). The clinic had to be relocated to Bandar Baru Sentul due to the premises often experiencing flash floods. Flash floods have hit 3 times in 2006, 2008 and 2009. As a result of the floods, many important documents and property were damaged and washed away. The new clinic started operating in November 2009. The Sentul Maternal and Child Health Clinic was taken over by the Ministry of Health Malaysia under the management of the Federal Territory of Kuala Lumpur and Putrajaya Health Department in February 2010.
Sentul Health Clinic first opened in 1979 at Jalan Perhentian Off, Jalan Haji Salleh Sentul. After the Sentul Mother and Child Clinic started operating at Mini UTC Sentul in February 2010. Sentul Health Clinic started moving and merged with Sentul Mother and Child Clinic in November 2010, and was known as the new Sentul Health Clinic. The clinic is located on the 2nd floor, Bandar Baru Sentul Business and Community Complex, Jalan 3/48 A and is now known as the Mini Urban Transformation Center (UTC). The complex is located in a residential area in the Batu Parliamentary constituency. The clinic floor area is 1,373 square meters (14,775 square feet) and has 14 rooms including a meeting room.
Facilities/ services provided:
1) Outpatient & Family Physician Services
a) Chronic Illness Services
b) Smoking Cessation and alcohol addiction services
c) Health Screening Services
d) Pre -Pregnancy Health Services
e) Diabetic Services
f) Asthma Services
g) Infection Clinic Services
h) Pap Smear, HPV and breast cancer Screening Services
i) Anonymous HIV Screening Services and Pre -Marital HIV Screening
j) Dietetic Advisory Services
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Sentul asalnya adalah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA JTI) Jalan Tun Ismail terletak di Jalan Tun Ismail bersebelahan Balai Bomba Maxwell. Klinik ini mula beroperasi dari tahun 1963 di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Klinik ini terpaksa dipindahkan ke Bandar Baru Sentul disebabkan premis kerap mengalami banjir kilat. Kejadian banjir kilat telah melanda sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2006, 2008 dan 2009. Akibat dari banjir, banyak dokumen penting dan harta benda rosak dan hanyut. Klinik baru ini mula beroperasi pada bulan November 2009. Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Sentul telah diambil alih pentadbiran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah pengurusan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada bulan Februari 2010.
Klinik Kesihatan Sentul mula dibuka pada tahun 1979 di Jalan Perhentian Off, Jalan Haji Salleh Sentul. Selepas Klinik Ibu dan Anak Sentul mula beroperasi di Mini UTC Sentul pada bulan Februari 2010. Klinik Kesihatan Sentul mula berpindah dan bergabung dengan Klinik Ibu dan Anak Sentul pada November 2010, dan dikenali sebagai Klinik Kesihatan Sentul yang baru. Klinik ini terletak di tingkat 2, Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Jalan 3/48 A dan kini dikenali sebagai Mini Urban Transformation Centre (UTC). Kompleks ini terletak di kawasan perumahan di kawasan Parlimen Batu. Keluasan lantai klinik adalah 1,373 meter persegi (14,775 kaki persegi) dan mempunyai 14 buah bilik termasuk sebuah bilik mesyuarat
Kemudahan/ khidmat yang disediakan:
1) Perkhidmatan Pesakit Luar & Pakar Perubatan Keluarga
a) Perkhidmatan Penyakit Kronik
b) Perkhidmatan Berhenti Merokok dan ketagihan alcohol
c) Perkhidmatan Saringan Kesihatan
d) Perkhidmatan Kesihatan Sebelum Mengandung
e) Perkhidmatan Diabetik
f) Perkhidmatan Asma
g) Perkhidmatan Klinik Infeksi
h) Perkhidmatan Saringan Pap Smear, HPV dan kanser payudara
i) Perkhidmatan Saringan HIV tanpa nama dan Saringan HIV Pra Perkahwinan
j) Perkhidmatan Nasihat Dietetik